Followers

EXAM

                                                                                                                                                            
             Hooray! Finally, final exam is finished. It's been hard days that I has dealt with exams.I'm not for sure that I did well, but I did my best as far as I can... Ehem ! ehem ! Apasal tetetibe keluar bahasa mat salih ni? hehehe...okay! okay! guna bahasa melayu  la eh? Miss aida pun bukan pandai sangat omputih punye languange ni.*buat muka tak bersalah* eh! korang x tahu lagi kan?ape pekembangan semasa aku kan?almaklumlah dah lama tak update #perasan artis* sekarang aku baru je menamatkan sem 1 sebagai budak diploma in sciece di kampus UITM Jengka..
P.E.N.A.T  .Perkataan tu je yang aku tahu sejak duk kat situ..kelas bermula pukul 8.00 pagi dan habis pukul  5 .00 petang..kadang-kadang sampai pukul 6.00 petang!jadual padat giler..ceburu kadang-kadang bila tengok budak romate aku yang ambil couse business..rehat je memanjaang...
Ngeri tak tengok gambar kat atas ni? ni la gaya aku bila penyakit stress datang..lagi-lagi bila roomate buat bising..arghhh..rasa macam...macammmm nak makan orang jer ! alahai ganas bunyi..seram tak? seram tak? *angkat kening#
penyakit kedua bila dah stress ni adalah pimples ! otak penat,bila tengok muka lak berubah macam allien ...

Bahasa cinta si pemilik cinta.

Bahasa cinta si pemilik cinta.
Menurut karangan tuan guru, Syeikh Ibrahim bin Muhammad, "Hanya pencinta yang memahami bahasa cinta!"

Memang benar, kerana cinta Laila, Majnun dianggap gila. Namun Majnum tidak kecewa kerana hanya dia sahaja yang mengerti bahasa cintanya. Mana mungkin dikau cintakan kepanasan tanpa dikau mengenali api ? Mana mungkin dikau cintakan kegelapan tanpa dikau kenali malam ? Mana mungkin dikau cintakan cahaya tanpa dikau kenali matahari ?

Begitu juga cinta Allah. Mana mungkin dikau cintakan ketenangan tanpa mengenali pemberi ketenangan itu. Mana mungkin dikau cintakan rezeki tanpa mengenali pemberi rezeki itu. Lihatlah, pandanglah segala yang dikau rasakan indah. Semuanya daripada tuhanmu. Andai dikau cintakan kesemuanya, lalu dikau langsung tidak mengenali siapa yang empunya kesemuanya, bukankah engkau layak digelar biadap ?

Mengapa mengerjar cahaya tanpa mengejar mencari mentari ? Wajarkah manusia mengeluh kegelapan di dalam gua pada siang hari ? Mengapa dia tidak keluar, merasakan cahaya kiriman mentari. Tidak guna berpeluk tubuh mendambakan cinta pada cahaya, jika diam pada destinasi gelap. Keluarlah mencari mentari ! Tidak guna berdiam, mengeluh mahukan cinta tuhan, tanpa dikau mentaati suruhan. Kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardhukan. Tundukkan hatimu untuk meraih cinta sejati daripada Rabbi. Adakah sudah berputik cahaya cinta Allah dalam hatimu itu ? Atau pada saat ini, dikau masih keliru, siapa Dia di hatimu ?