Followers

Bahasa cinta si pemilik cinta.

Bahasa cinta si pemilik cinta.
Menurut karangan tuan guru, Syeikh Ibrahim bin Muhammad, "Hanya pencinta yang memahami bahasa cinta!"

Memang benar, kerana cinta Laila, Majnun dianggap gila. Namun Majnum tidak kecewa kerana hanya dia sahaja yang mengerti bahasa cintanya. Mana mungkin dikau cintakan kepanasan tanpa dikau mengenali api ? Mana mungkin dikau cintakan kegelapan tanpa dikau kenali malam ? Mana mungkin dikau cintakan cahaya tanpa dikau kenali matahari ?

Begitu juga cinta Allah. Mana mungkin dikau cintakan ketenangan tanpa mengenali pemberi ketenangan itu. Mana mungkin dikau cintakan rezeki tanpa mengenali pemberi rezeki itu. Lihatlah, pandanglah segala yang dikau rasakan indah. Semuanya daripada tuhanmu. Andai dikau cintakan kesemuanya, lalu dikau langsung tidak mengenali siapa yang empunya kesemuanya, bukankah engkau layak digelar biadap ?

Mengapa mengerjar cahaya tanpa mengejar mencari mentari ? Wajarkah manusia mengeluh kegelapan di dalam gua pada siang hari ? Mengapa dia tidak keluar, merasakan cahaya kiriman mentari. Tidak guna berpeluk tubuh mendambakan cinta pada cahaya, jika diam pada destinasi gelap. Keluarlah mencari mentari ! Tidak guna berdiam, mengeluh mahukan cinta tuhan, tanpa dikau mentaati suruhan. Kerahkan segenap kemampuanmu untuk memelihara yang difardhukan. Tundukkan hatimu untuk meraih cinta sejati daripada Rabbi. Adakah sudah berputik cahaya cinta Allah dalam hatimu itu ? Atau pada saat ini, dikau masih keliru, siapa Dia di hatimu ?